Thursday, 20 February 2014
keikhlasan asas ibadat
assalamualaikum..saya saje je nak berkongsi dengan anda semua apa yang saya dapat daripada buku yang sedang saya baca sekarang "BEDUK DIKETUK" tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi.ini adalah kali pertama saya membaca karya beliau.selama ini saya hanya berminat membaca novel-novel cinta sahaja tapi kali ini saya beralih angin kepada sebuah buku yang cukup menarik...
daripada apa yang saya baca dalam buku ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang menarik sejajar dengan keadaan zaman pascamerdeka ini yang bertali aruskan permodenan yang diterajui oleh kaum yahudi.masalah RASUAH bukan lagi satu masalah yang menjadi isu besar bagi kebanyakkan rakyat Malaysia dek kerana kebiasaan yang terjadi bak kata pepatah"alah bisa tegal biasa".tapi ingatlah harta yang diperoleh hasil masalah rasuah ini adalah haram.mahukah kita melihat darah daging kita makan makanan hasil dari sumber yang haram?mungkin tidak layak untuk saya membicarakan tentang isu kerana saya tidak lagi melangkah masuk ke alam pekerjaan bahkan ke alam universiti pun tidak lagi..tapi di sini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang berkaitan dengan masalah ini...masalah ini dapat dielakkan sekirannya hadirnya keikhlasan dalam sesuatu pekerjaan atau ibadat yang kita lakukan.
ini merupakan kisah yang saya petik daripada buku yang saya sedang baca ini..ia ditulis oleh Iman al-Ghazali..
ini adalah kisah seorang pemuda yang soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang kampung.apabila mendengar berita itu pemuda tersebut berhasrat untuk menebang pokok tersebut namun begitu di pertengahan jalan pemuda tersebut bertemu dengan syaitan yang menyamar menjadi manusia,syaitan itu cuba melawan pemuda tersebut namun gagal,syaitan tersebut mencuba lagi namun turut gagal,setelah beberapa kali gagal..syaitan tersebut tela menukar strategi dengan menawarkan satu dinar emas setiap pagi jika pemuda tersebut membatalkan hasratnya.pemuda itu mempercayainya dan kembali ke rumahnya.pada keesokkan paginya,pemuda tersebut mendapati ada satu dinar emas di bawah bantalnya dan perkara ini hanya berlanjutan shingga hari kedua sahaja..pada hari ketiga,pemuda tersebut mendapati tiada satu dinar emas seperti hari sebelumnya dan ingin meneruskan hasratnya yang tergendala tersebut.di pertengahan jalan dia bertemu lagi dengan syaitan tersebut dengan sekali lawan saje,pemuda tersebut kalah..ketika pemuda tersebut bertanya kenapa dia kalah,adakah lawanya semakin gagah?syaitan itu menjawab"engkau kalah kerana kali ini niatmu bukan untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah,tetapi kerana satu dinar emas",.
terbuktilah bahawa keikhlasan adalah sebuah penghormatan dan kekuatan..
tetapi ini dalah kisah pada zaman para sahabat,pada zaman sekarang syaitan yang berupa manusia ini tidak lagi menggunakan dinar emas sebaliknya menggunakan hadiah yang beruapa wang..jadi berhati-hatilah kita apabila melangkah ke alam pekerjaan..
#peringatan kepada diri jugak :)
Labels:
TARBIYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment